Sudah tiga jam menatap komputer dan SPSS semata-mata nak siapkan artikel pemikiran kritis. Kini sudah mencecah 13 muka surat daripada lebih kurang 20 muka surat yang diperlukan. Mata pun dan makin berpinar-pinar ni.. walaupun sorang je kat dalam bilik ust fauzi ni tapi Azmi masih lagi online, kira ada orang jugak la nak berborak.. Dah hampir pukul dua ni.. esok jangan tak bangun subuh dah la.
Sepanjang berkecimpung dengan projek Pemikiran Kritis ni, banyak benda telah diperolehi umpamanya skill SPSS sudah meningkat, walaupun tak sepenuhnya. Tapi hari Selasa & Rabu ni ada bengkel SPSS, kat situ la nak tanya apa yang tak faham.. Kira ok la projek ni menggunakan metodologi lapangan yang menggunakan analisis software SPSS, kira boleh praktik la jugak apa yang dipelajari dari Che Azizi masa kelas Metodologi Penyelidikan Lanjutan 1 1/2 tahun yang lepas.
Beberapa petikan dari artikel yang telah disiapakan dan dibaiki akan ku abadikan dalam blog ini iaitu apa yang di maksudkan dengan pemikiran kritis. Istilah ‘pemikiran kritis’ merupakan gabungan di antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan ‘kritis’. Dari gabungan perkataan ini, istilah ‘pemikiran’ berasal dari kata dasar ‘fikir’ yang bermaksud “ingatan, angan-angan, akal, sangka, anggapan, pendapat dan kira.” Manakala terbitan kata ‘fikir’ melahirkan istilah ‘pemikiran’ yang diertikan sebagai “perihal berfikir (memikir)”. Pemikiran juga dimaksudkan dengan sebagai “satu proses yang melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan”. Manakala istilah kritis pula berasal daripada perkataan Inggeris ‘critic’. Namun begitu, kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (Kritikos) yang bermaksud ‘menimbang’ (Judge). ‘Menimbang’ membawa maksud “menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah”. Kamus Oxford Dictionary of English memberi huraian terhadap maksud ‘critical’ yang membawa maksud ‘kritis’, sebagaimana berikut; i) expressing adverse or disapproving comments or judgments. ii) expressing or involving an analysis of the merits and faults of a work of literature, music, or art. iii) (of a situation or problem) having the potential to become disastrous; at points of crisis. iv) Mathematics & Physics relating to or denoting a point of transition from one state to another v) (of a nuclear reactor or fuel) maintaining a self sustaining chain reaction.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan