Jumaat, 8 Jun 2007

..::Kemahiran Menganalisis Di Kalangan Pelajar::..



Ni adalah gambar mihrab surau Akademi Pengajian Islam.. ust fauzi kata kat aku, upah nak ukir dia RM 30,000.. buleh tahan jugak tu.. patut la beriya-iya nak letak mihrab ni sebagai kulit buku dia pun.. nak abadikan sebagai kenangan katanya..




Sebenarnya kawe tengah pening, guano la nak buat artikel yang ustaz fauzi suruh buat tu... tajuk punya la panjang "Kaedah Penerapan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam KBSM, Kajian Terhadap Kemahiran Menganalisis Di Melaka"...

Tengok tajuk pun macam susah je ni... macam mana la nak terap pemikiran kritis kat budak-budak sekolah ni.. Orang-orang Melaka berfikir secara kritis ke?
Kalau budak sekolah sekarang ni, apa yang cikgu bagi semua pakai ambil je,.. takdak nak tapis-tapis dah... taklid buta katakan.. tapi tak semua juga, sesetengah budak sekarang ni lebih bijak dari cikgu...maklumla Zaman internat katakan...

Uih... baru 7 muka surat buat artikel, UKM nak dalam 10-15 mukasurat.. Aduh.. pening nak analisis dalam SPSS. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa kebanyakan budak-budak SMKA di Melaka ni tinggal di Kampung (54.4%), yang tinggal di bandar 27.2%. Lepas tu Pinggir Bandar 17.2% dan yang lebih tu lain-lain (biasa la tu)..

Perkerjaan Family diorang ni kebanyakkannya yang jawab bagi bapa atau penjaga tanda kat lain-lain daripada yang aku senaraikan macam guru, ustaz, pensyarah, pegawai tadbir, peniaga dan bekerja sendiri... mungkin banyak lagi kot nak kena senarai lepas ni... 35.6% jawab lain-lain. Kat tepi ruang yang tulis nyatakan tu ada la yang tulis polis, pegawai eksekutif, operator kilang, pelaut dan macam-macam lagi la.

Ibu atau mak budak-budak ni pula majoritinya iaitu 50.6% tidak bekerja. Mungkin la ayah dah kerja, takkan mak pun nak kerja juga. Tapi ada juga mak diorang ni yang berkerja umpamanya 16.1% jawab dekat guru, 15.6% jawab dekat lain-lain, pastu, 7.2% jawab kerani dan seterusnya...
Pendapatan keluarga pula boleh la dikatakan sederhana dimana 57.2 menjawab pendapatan keluarga antara Kurang dari 1000 sehingga RM 2000. Survey ni buat masa Paklah tak umum lagi kenaikan gaji.. mungkin kalau buat survey sekali lagi lain la kot diorang jawab..

Selepas tu, daripada 180 orang yang ditanya pernah tak pergi melancong ke luar negara, yang jawab hanya la 20% katanya pernah. Bermaksud 36 orang daripada 180 pernah pergi ke luar negara tak kira la singapura ke, Thailand ke, Brunei ke. Janji namanya luar negara..

Tiada ulasan: